Wednesday, February 20, 2013

PULAU

ASSALAMULAIKUM

Seperti yang dijanji pada entry yang lepas, bahawa aku update blog mengenai pulau yang aku pergi bersama-sama kawan aku. Aku pasti korang akan berasa sangat jeles dan teruja (seperti kanak-kanak dapi ice krim). Jadi aku tak nak menulis panjang-panjang nanti korang tak sabar nak melihat gambar-gambar aku pergi pulau. :-)




*abaikan gaya serabai aku

indah ciptaan-Nya

tak terucap dengan kata

cantik air laut



group pulau








Kami pergi tiga pulau iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi yang bayaran yang dikenakan rm35 seorang(kalo tak silap, kalo silap minta maaf) dan kami seramai 11 orang. Korang kalo datang mesti wajib pergi pulau yang berdekatan dengan Kota Kinabalu nie dan tak akan menyesal pergi.( cuti-cuti malaysia)




Muka kepenatan




aku dan Nong


Aku tak mandi waktu pergi pulau memang aku menyesal. :-(  .Ini bukan kali pertama aku pergi pulau dah banyak kali pergi pulau. Memandang aku tak mandi jadi kerja aku adalah menangkap gambar sendiri..hehehehhehe

Gaya aku

*sila jangan pening sebab tengok gambar aku. :-P




*tak nak dengar korang bagi alasan tak mau pergi pulau


Banyak tempat yang menarik dan cantik untuk korang jika datang melawat ke Sabah. Korang tak akan menyesal jika ke Sabah. Nie dalam blog aku baru cikit kalodepan mata lagi susah nak kata macam mana cantiknya tempat-tempat yang korang melawat.

Dengan rasa cinta
niealongbukankutiphutang






Thursday, February 7, 2013

Berjalan-jalan ke Ranau dan Kundasang


ASSALAMUALAIKUM


Rasa lama  sangat aku nie tak update blog, macam dah ada sarang labah-labah kat blog aku nie.hehhehehhe. Bukan apa, aku sibuk dengan kerja-kerja mengenai tutorial, key in markah dan sebagainya berkaitan dengan tutorial.*busy mengalahkan PM. Sepanjang aku tak update blog ini banyak aktiviti luar aku lakukan bersama-sama kawan-kawan aku, kebetulan ada kawan waktu degree dari  Sarawak datang ke Sabah. Jadi aku dengan Tunjang menjadi pemandu pelancong kawan aku tue pergi Ranau dan Kundasang.

nie lah kawan aku - Stella tapi di panggil Antey

stella bersama-sama kawan-kawan dia

Antey membawa kawan-kawan kerja dia yang lain. Kiranya seramai 6 orang datang ke Sabah. Beramai-ramai berjalan sangat seronok tapi waktu Antey datang hujan sepanjang hari nak tak nak terus je perjalanan :-( .

Tunjang

bersama

kawan aku.hehhehe

Kami waktu degree berkawan rapat ada lima orang iaitu Lauraida(Nong), Petronella( Pet), Stella( Eqa), Stella(Antey) dan aku..hehehhehehehhe

 Tunjang macam bos melawat tapak.ahhahhahaha


teruja...

Walaupun dah berkali-kali aku pergi ke Ranau dan Kundasang tetap juga aku tak jemu dan bosan sebab melihat keindahan sangat tenangkan jiwa aku nie.


Dengan rasa cinta
niealongbukankutiphutang


p/s: nanti update seterus mengenai Pulau Manutik, Manukan dan Sapi....